DBKL ambil tindakan segera baiki jalan rosak

Iklan
Kerja-kerja membaiki jalan dilakukan di sekitar bulatan Kampung Pandan menghala Lebuh Raya Maju Expressway.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera dengan membaiki jalan sekitar bulatan Kampung Pandan menghala Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), di sini.

Tindakan segera itu diambil selepas mendapat aduan mengenai beberapa kemalangan berlaku beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menghantar beberapa anggota bertugas bagi tindakan pembaikan segera di lokasi kejadian.

"Pagi ini DBKL menghantar beberapa orang petugas ke lokasi di bulatan Kampung Pandan menghala masuk Lebuh Raya MEX bagi mengambil tindakan pembaikan segera, susulan daripada beberapa kejadian kemalangan yang dilaporkan berlaku di lokasi berkenaan baru-baru ini.

Iklan

"Kerja-kerja pembaikan segera ke atas ‘expansion joint’ jambatan ini diharap dapat mengelakkan kejadian kemalangan dari berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan itu menasihati pengguna lebuh raya agar lebih berhati-hati apabila melalui lokasi berkenaan.

Iklan