GAZA - Tentera Israel mendakwa komander Hamas Ali Qadi, yang digambarkan mengetuai serangan balas pada 7 Oktober lalu telah 'tumpas'. Dakwa Israel, sebuah pesawat, di bawah bimbingan perisikan agensi keselamatan negara itu, Shin Bet membunuh Qadi pada hari Sabtu. Namun begitu, tiada komen dikeluarkan oleh Hamas sehingga kini.
Dalam pada itu, setakat ini tiada bantuan sampai kepada 2.3 juta penduduk Gaza berikutan bekalan perubatan dan minyak untuk membekalkan tenaga hospital yang semakin hampir kehabisan. Kira-kira 220,000 orang kehilangan tempat tinggal berlindung di sekolah yang dikendalikan oleh agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA.