Kawal belanja elak muflis
Iklan
DALAM bahasa Inggeris ada ungkapan self-fulfilling prophecy membawa maksud ramalan atau ekspektasi seseorang mengenai sesuatu keadaan akhirnya menjadi kenyataan apabila keadaan diramalkan itu betul-betul berlaku.
Hal itu kerap diperkatakan dalam bidang ekonomi kerana ramalan dan ekspektasi adalah penting bagi menentukan tindak-tanduk pelabur serta penggiat ekonomi lainnya. Mereka melihat pelbagai fakta dan perangkaan untuk meramalkan aliran ekonomi, khususnya bidang mereka ceburi.