Tidak kenal erti hidup aman
Iklan
SERANGAN skala besar melalui darat, udara dan laut oleh pejuang Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza ke atas Israel pada subuh, 7 Oktober lalu sekali lagi meraih perhatian dunia terhadap konflik yang berlarutan selama 70 tahun.
Dinamakan ‘Operasi Badai al-Aqsa’, ia merupakan serangan balas Hamas bagi menghukum rejim Zionis atas segala jenayah terhadap rakyat Palestin termasuk penghapusan bangsa, pendudukan, penindasan, penempatan haram dan pencerobohan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.