Belanjawan 2024: Malaysia bakal tarik pelaburan lebih berkualiti

Iklan
Malaysia bakal menarik pelaburan lebih berkualiti dan mampan dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar. - (Gambar hiasan) - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menarik pelaburan lebih berkualiti dan mampan dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). MIDA dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Sabtu berkata, menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata agensi tersebut komited untuk memastikan Malaysia terus kekal menjadi destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara."MIDA mengalu-alukan dasar strategik dan pengenalan insentif cukai seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2024 yang semestinya memupuk kestabilan iklim perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, memecutkan peralihan ke arah ekonomi lestari berasaskan pengetahuan, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," katanya.

Iklan
Iklan

Selain itu, MIDA juga mengalu-alukan pengumuman penubuhan Jawatankuasa TindakanPenyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) yang bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia. MIDA berkata, penubuhan jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau dapat menyelaras aktiviti pelaburan dan perdagangan dengan lebih berkesan, berkoordinasi dan holistik.

Sementara itu, pengumuman kerajaan untuk melaksanakan kadar cukai efektif minimum di peringkatglobal (Global Minimum Tax - GMT) pada tahun 2025 dijangka akan memberikan impak positif kepada negara, mengekalkan keupayaan untuk menarik pelaburan baharu serta pelaburan sedia ada oleh syarikat multinasional. Ia juga akan memberi jaminan kepada para pelabur terhadap perancangan negara dalam pelaksanaan GMT, kata MIDA. - Bernama

Iklan
Iklan