Joe Biden telefon Netanyahu ikrar sokongan pada Israel

Iklan
Presiden Joe Biden (kiri) menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (tengah) menjelaskan sokongan AS pada Israel serta menelefon Presiden Mahmoud Abbas mengutuk 'serangan' Hamas ke atas Israel. - Foto Awani

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah berhubung dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam panggilan telefon berasingan pada hari Sabtu, lapor portal berita BBC. Dalam perbualan dengan Netanhayu, Biden mengulangi sokongan berterusan AS kepada Israel dan mengesahkan sokongannya"untuk semua usaha melindungi warga awam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Biden turut berbincang dengan kedua-dua pemimpin tersebut mengenai kerjasama AS dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mesir, Jordan, Israel dan pihak-pihak lain di kawasan tersebut bagi memastikan bekalan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza. Dalam panggilan dengan Abbas pula, Biden mengutuk 'serangan kejam Hamas ke atas Israel dan membincangkan usaha-usaha kemanusiaan selain menawarkan sokongan penuh kepada Palestin dalam mencapainya.

Iklan
Iklan

Biden dan Abbas juga membincangkan usaha AS untuk menghalang konflik daripada meluas, serta keperluan untuk mengekalkan kestabilan di Tebing Barat, menurut kenyataan yang dikeluarkan berasingan. - Agensi