GAZA - Pemimpin pejuang Hamas menegaskan, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan Gaza atau Tebing Barat untuk berhijrah ke Mesir. Ini walaupun selepas desakan rejim Israel agar lebih sejuta penduduk di kawasan itu meninggalkan rumah mereka dan menuju ke selatan.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata, keputusan rakyat Palestin adalah untuk kekal di tanah air mereka. Mesir berkongsi sempadan dengan Gaza dan bimbang kemungkinan penduduk Palestin menjadi pelarian disebabkan pengepungan dan pengeboman rejim Israel ke atas wilayah itu.