Rejim Zionis Israel mula ceroboh Gaza guna jalan darat

Iklan
Tentera rejim Zionis Israel melepaskan roket di Semenanjung Gaza pada Sabtu malam.- Foto AP

GAZA - Rejim Zionis Israel mula melancarkan serangan darat dan menceroboh Semenanjung Gaza yang dikuasai Pejuang Hamas, pada Sabtu.

Penasihat keselamatan rejim Israel turut memberi amaran kepada kumpulan Hizbullah supaya tidak memulakan perang di utara dan kononnya mengancam memusnahkan Lebanon jika ia diteruskan.

Iklan
Iklan

Rejim Israel sebelum ini mendakwa mampu memusnahkan pejuang Hamas yang mengawal Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan mengejut diterimanya sebelum ini.

Dalam keadaan negara Palestin yang sempit dengan kepadatan penduduk 2.3 rakyatnya, Zionis Israel dengan kejam mengebom kawasan itu dengan jet dan artileri sekali gus menghimpit dan mengepung rakyat Palestin.

Iklan

Pihak berkuasa Gaza berkata, lebih daripada 2,200 orang telah terbunuh dan satu perempat daripadanya merupakan kanak-kanak serta hampir 10,000 cedera.

Pekerja-pekerja penyelamat turut berusaha mencari mangsa yang terselamat dalam serangan udara Zionis Israel.

Iklan

Pada Sabtu, ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari utara Semenanjung Gaza mengelak daripada laluan serangan darat rejim Israel.

Manakala Zionis Israel menceroboh kawasan itu dengan lebih banyak serangan udara dan mendakwa kononnya mengekalkan dua jalan terbuka untuk membolehkan orang ramai melarikan diri.

Rejim tentera Zionis itu dalam kenyataan berkata, pasukan pertahanannya ditempatkan di seluruh kawasan dan meningkatkan kesediaan perang dengan penekanan pada operasi darat.

Ia menambah ini akan termasuk serangan udara, laut dan darat dan meliputi"arena pertempuran yang diperluaskan".

Pada Jumaat, Rejim Israel menggesa rakyat Palestin untuk keluar rumah dan menuju ke selatan.

Bagaimanapun, pejuang Hamas memberitahu orang ramai supaya tidak keluar dan menyatakan jalan keluar tidak selamat apabila turut dibom oleh Zionis Israel.

Hamas mengesahkan puluhan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas kereta dan trak yang membawa pelarian Palestin, pada Jumaat.

Di kejiranan Tel Al-Hawa, Gaza, pesawat Israel dengan kejam mengebom kawasan perumahan pada waktu malam.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, ia telah menerima arahan Israel untuk mengosongkan hospital pada jam 4 petang, tetapi tidak akan berbuat demikian kerana mempunyai tugas kemanusiaan untuk terus memberikan perkhidmatan kepada orang yang sakit dan cedera. - Agensi