Terengganu nafi abaikan atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama

Iklan
Hishamuddin

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan tidak memberi sokongan penuh kepada atlet gimnastik dan gimrama bukan Islam untuk menyertai mana-mana kejohanan termasuk Sukan Malaysia (Sukma). Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Karim berkata, pihaknya tetap menyediakan fasiliti selain menyokong sepenuhnya penglibatan atlet bukan Islam dalam sukan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri berpendirian tidak membenarkan atlet beragama Islam untuk mewakili negeri dalam sukan gimnastik dan gimrama.

Iklan
Iklan

"Pendirian kita sudah cukup jelas bahawa atlet beragama Islam tidak dibenarkan sertai sukan gimnastik dan gimrama. Kita ambil sikap agak tegas kerana tak boleh kompromi tentang perkara tersebut."Bagi atlet bukan Islam pula, kita tak halang mereka malah buka peluang dan sangat alu-alukam mereka masuk. Mereka nak sertai, Majlis Sukan Negeri Terengganu tetap beri sokongan dan kita akan membantu dari segi aspek latihan dan 'coaching' (bimbingan)," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) dalam mencari jalan penyelesaian berhubung penawaran dibuat kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu.

Iklan

Menterinya, Hannah Yeoh, berkata, pertemuan itu akan membincangkan solusi terbaik buat atlet terlibat susulan kerajaan negeri kekal dengan pendirian melarang penyertaan mereka dalam sukan gimnastik pada mana-mana kejohanan termasuk Sukma.

Ketika ditanya usaha menyediakan pakaian patuh syariah bersesuaian bagi sukan berkenaan, Hishamuddin menjelaskan usaha tersebut masih belum menepati standard piawaian syariah ditetapkan.

Iklan

"Jadi saya berpandangan masyarakat Melayu beragama Islam tidak perlu masuk tetapi kita membuka peluang pada bukan Islam sertai sukan berkenaan," ujarnya.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, pihaknya merujuk garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung pematuhan pakaian syariah.

"Bezanya kita kuatkuasakan dan lihat apa sudut boleh dilaksanakan. Jadi Menteri (Hannah Yeoh) nak jumpa, kita alu-alukan dan tidak ada ada masalah sebab itu memang tanggungjawab dia lakukan penglibatan dengan mana-mana persatuan sukan.

"Kita tiada sebarang halangan mengenai pertemuan tersebut. Ia pertemuan daripada pihak kerajaan dengan persatuan maka tiada sebarang isu dengan kita," ulasnya.