JOHOR BAHRU - Pihak pengurusan pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Mall Southkey di sini, mengesahkan pusat beli belah berkenaan beroperasi seperti biasa pada Ahad, biarpun menerima ancaman keselamatan pada Sabtu. Pengesahan berkenaan dibuat menerusi satu kenyataan media oleh pihak pengurusan tertinggi pusat beli belah terbabit diwakili oleh Christopher De Cruz dan Jess Chong.
"Pada jam 6.30 petang Sabtu, kami menerima panggilan atau lebih tepat ancaman keselamatan terhadap pusat beli belah ini (Mid Valley Mall Southkey) termasuk Hotel St Giles di sebelahnya."Kami kemudiannya telah mengatakan kesemua pengunjung termasuk kakitangan untuk meninggalkan pusat beli belah berkenaan susulan ancaman berkenaan.