KLANG - Seorang pemandu maut manakala tiga penumpang cedera dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres di Jalan Meru berhampiran Hospital Columbia Asia dekat sini pada Ahad. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bas ekspres terbabit yang dinaiki enam individu termasuk seorang pemandu dan pembantu pemandu itu dipercayai dari Kuala Lumpur Sentral menuju ke Klang Sentral.
Beliau berkata, bas ekspres terbabit dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan."Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.24 pagi.