TEGUCIGALPA - Sekurang-kurangnya 18 banduan maut dan 16 lagi cedera dalam pergaduhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar pelabuhan utara Tela, Honduras kata pegawai penjara semalam.
Institut Pengawalan Nasional berkata, 17 banduan mati di pusat tahanan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari ibu kota Tegucigalpa manakala seorang lagi meninggal di hospital.
Iklan
Iklan
Jurucakap penjara, Digna Aguilar berkata, pihak berkuasa terpaksa memasuki kawasan tersebut dengan berhati-hati kerana takut menjadi mangsa memandangkan beberapa banduan memiliki senjata api sekali gus memperlahankan siasatan.
Gabungan pasukan keselamatan kebangsaan yang dikenali sebagai Fusina berkata, lima senapang sembilan milimeter serta peluru telah dirampas daripada tahanan.
Pegawai penjara pada asalnya melaporkan hanya tiga kematian tetapi jumlah itu meningkat dengan cepat dan pekerja forensik telah menghantar mayat mangsa untuk bedah siasat. - AFP