Terbuka Artik: Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua

Iklan
Man Wei Chong-Tee Kai Wun hanya selangkah dari memenangi gelaran kedua mereka tahun ini, selepas layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland. - Foto FB Badminton Association of Malaysia - BAM

PASANGAN beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun hanya selangkah dari memenangi gelaran kedua mereka tahun ini, selepas layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.

Pada perlawanan separuh akhir semalam, Wei Chong-Kai Wun berhadapan cabaran sengit sebelum mengatasi pasangan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, 19-21, 21-19, 21-19, untuk layak ke final kedua kejohanan Super 500 mereka, selepas Masters Malaysia 2023, pada Jun.

Iklan
Iklan

Pasangan ke-23 dunia itu akan berhadapan satu lagi pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Arena Vantaa Energia, pada Ahad.

Astrup-Skaarup menewaskan juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-12.

Iklan

Wei Chong-Kai Wun meraih gelaran pertama mereka tahun ini selepas menewaskan pasangan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14, di Terbuka Taipei 2023 satu kejohanan Super 300, pada Jun.

Terdahulu pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia akan bertemu rakan senegara Ng Tze Yong pada perlawanan akhir perseorangan hari ini.

Iklan

Zii Jia pemain pilihan kelapan, mengejutkan pilihan ketiga dari Denmark Anders Antonsen 21-17 pada set pertama dan sedang mendahului 13-8 pada set kedua sebelum Antonsen menarik diri akibat kecederaan di kaki.

Sementara itu pemain bukan pilihan Tze Yong, layak ke final selepas mengalahkan pilihan ketujuh dari Jepun Kanta Tsuneyama, 21-12, 21-16. - Bernama