JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Ahad melawat pusat beli-belah dan hotel yang menerima panggilan ancaman bom pada Sabtu. Onn Hafiz meninjau lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan di sana bersama Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
"Keadaan di pusat beli-belah dan hotel adalah terkawal dan selamat untuk dikunjungi."Keseluruhan kawasan bangunan pusat beli-belah dan hotel telah diperiksa oleh unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan (K9)."Syukur, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek mencurigakan dan mengesahkan ia selamat untuk beroperasi seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.