Sheikh Jassim tarik diri bida beli United

Iklan
Sheikh Jassim. - Foto Agensi

BILIONAIR Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani dilaporkan menarik bidaannya untuk membeli Manchester United selepas tawaran 5.5 bilion pound (RM31.53 bilion) masih ditolak oleh keluarga Glazers.

Glazers menetapkan harga jualan United pada 6 bilion pound (RM34.4 bilion), namun ahli bank Qatar itu dilaporkan oleh Daily Mail telah membuat tawaran terakhir pada 5.5 bilion pound (RM31.53 bilion).

Iklan
Iklan

United hampir setahun lalu mengumumkan bahawa mereka meneroka 'alternatif strategik' untuk meningkatkan perkembangan kelab itu dengan penjualan penuh satu daripada pilihannya.

Sheikh Jassim dan bilionair Britain, Jim Ratcliffe menjadi pencabar utama selepas beberapa pusingan bidaan awal tahun ini.

Iklan

Bagaimanapun proses itu tergendala beberapa bulan terakhir di sebalik kemarahan penyokong terhadap pemilik semasa, keluarga Glazer.

Akhbar Daily Mail melaporkan Ratcliffe bersedia untuk membeli 25 peratus pegangan dalam kelab itu dengan harga kira-kira 1.5 bilion pound (RM8.6 bilion).

Iklan

Keluarga Glazer memiliki kelab gergasi Inggeris itu sejak pengambilalihan pada tahun 2005 dengan harga 790 juta pound (RM4.5 bilion) namun kelab itu dibelenggu dengan hutang yang besar.

Angka pada Mac lalu menunjukkan hutang United meningkat kepada 970 juta pound (RM5.5 bilion).

Bidaan Sheikh Jassim adalah penguasaan penuh United dan berjanji untuk melunaskan semua bayaran pinjaman kelab itu.

Rundingan lanjut minggu ini tidak berjaya di sebalik bidaan ditingkatkan sekitar 5 bilion pound (RM28.6 bilion).

Sebaliknya, Ratcliffe dilaporkan bersedia untuk membeli kepentingan lebih kecil bagi memecahkan kebuntuan mengenai harga permintaan £6 bilion (RM34.4 bilion) oleh keluarga Glazer.