Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadir Hari Klang Tanpa Kenderaan

Iklan
Tengku Permaisuri Norashikin (empat kanan) turut berkenan melawat reurai disediakan

KLANG - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiri program Hari Klang Tanpa Kenderaan dan larian Pinky Fun Run di Padang Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan meluangkan masa menyaksikan persembahan dan melawat reurai disediakan di lokasi sama.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja, Mohammed Khusrin Munawi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Najwan Halimi serta Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan.

Sementara itu, Noraini dalam ucapannya berkata, program Hari Klang Tanpa Kenderaan dilancarkan pada 19 Jun 2022 dan merupakan inisiatif MPK ke arah mempromosikan gaya hidup sihat.

Iklan

Ujarnya, usaha itu juga bagi mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemari alam sekitar.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiri program Hari Klang Tanpa Kenderaan dan larian Pinky Fun Run di Padang Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

"Bukan sahaja semata-mata mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan pencemaran udara tetapi selain daripada itu, kita boleh lihat impak positif yang boleh kita lihat dalam program ini.

Iklan

"Antaranya kita boleh lihat, masyarakat Klang tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, umur, golongan tua dan muda berkumpul dan bersantai-santai bersama keluarga, rakan-rakan sesama kita.

"Ini dapat mengeratkan perpaduan, dan keharmonian di antara masyarakat Klang berbilang kaum," katanya.

Program berkenaan bermula seawal jam 7 pagi itu berakhir kira-kira jam 11 pagi itu dihadiri lebih 1,000 pengunjung.

Klang Hari Tanpa Kenderaan diadakan pada setiap Ahad minggu ketiga setiap bulan di dua jalan utama iaitu Jalan Stesen dan Jalan Istana yang juga merupakan kawasan Jejak Warisan Klang.