KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini menerima 100 unit kanta intraokular daripada Kelab Lions Antarabangsa yang akan diberikan secara percuma kepada golongan B40.
Kanta yang bernilai sekitar RM500 hingga mencecah RM1,000 setiap unit itu mampu memberikan sinar baharu kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan membuang katarak pada mata mereka.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia merupakan sumbangan setiap tahun yang akan diterima oleh Jabatan Oftalmologi.
"Antara penyebab utama kebutaan di negara ini adalah katarak, diabetik retinopati dan glaukoma.
"Katarak menyumbang sebanyak 50 peratus sebagai punca kebutaan, disebabkan itu bantuan ini sangat diperlukan terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu beliau menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) diantara Pengerusi Yayasan Klinik Mata Lions Malaysia, Dr Kamalanathan dan Pengrah HRPZII, Datuk Dr Abdul Haris Muhammad di sini.
Menurut beliau, Jabatan Oftalmologi di HRPZ II telah memberikan rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit ketarak di negeri ini.
Ujarnya, diharap dengan adanya bantuan tersebut dapat menurunkan kadar kebutaan pesakit.