TAWAU - Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh pekerja pembersihan yang ketika itu membuat kerja-kerja pembersihan di dalam tandas awam wanita di wad kecemasan hospital itu pada 7.10 pagi.