BALING - Pasukan Penyelamat Di Air (PPD) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani menemui mayat seorang lelaki warga emas dipercayai lemas di Sungai Ketil, dekat sini pada Ahad. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, mangsa ditemui 100 meter dari tempat dia disyaki terjatuh iaitu kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Kuala Cenerai, Kuala Pegang.
Menurutnya, pencarian mangsa, Abd Aziz Md Lazim, 72, yang dilaporkan hilang dimulakan selepas menerima laporan daripada anak mangsa pada petang Sabtu."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan bantuan dua anjing pengesan (K-9) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta seekor anjing K-9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).