Khairul Aming sumbang RM100,000 untuk Palestin

Iklan
Khairul Aming

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Beliau berkata, sumbangan itu dapat diberikan atas sokongan masyarakat terhadap produknya iaitu Sambal Nyet Berapi.

Iklan
Iklan

"Kita salurkan RM100,000 hari ini daripada Sambal Nyet kepada CGM untuk membantu saudara Islam di sana,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengajak orang ramai untuk membantu mengumpul lagi dana sebanyak RM4 juta bagi mencapai sasaran CGM iaitu RM10 juta.

Iklan

Ujarnya, jumlah itu diperlukan bagi menyediakan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan mencari dan menyelamat.

"Buat masa sekarang sudah RM6 juta terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk.

Iklan

"Jadi marilah kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini anda semua boleh mencari cara untuk menderma di semua bio profil media sosial saya.

"Kalau tidak dapat menderma, jangan sesekali risau yang penting bantu dengan doa. Ambil tahu dan sebarkan kesedaran sebanyak yang mungkin, semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan,” katanya.