JOHOR BAHRU – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar kerajaan segera melantik seorang menteri bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Menurutnya, sudah hampir tiga bulan kementerian berkenaan tidak mempunyai seorang menteri bagi menguruskan pelbagai urusan.
"Cuba cakap, bila nak lantik menteri iaitu menteri KPDN? Takkan kita nak mengharapkan Perdana Menteri turun ke lapangan setiap hari?"Ini 'basic', bukan setakat masalah beras tetapi ini sebagai 'triple threat' beras, gula kawalan harga dan juga minyak paket kawalan harga."Ini kerana, selagi ketiga-tiga barang kawalan harga ini tiada di pasaran rakyat akan terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak walaupun kadar inflasi negara terkawal antara dua hingga ke tiga peratus,” katanya.