'Kucing mempunyai hak untuk hidup bebas di Palestin'

Iklan
Seorang budak lelaki melihat seekor kucing mati akibat pengeboman di Genting Gaza yang disiarkan dalam Instagram. - Foto: Agensi

GAZA CITY - Serangan berterusan tentera Israel sehingga mengorbankan ribuan penduduk di Genting Gaza turut menyebabkan kematian haiwan-haiwan lain seperti kucing yang dilihat menjadi mangsa kekejaman rejim zionis itu. Gambar dan video kucing mati bergelimpangan di lokasi pengeboman meruntun hati netizen selepas ia disiarkan akaun Instragram Eye on Palestine, sebuah laman yang menonjolkan pencabulan hak asasi manusia dilakukan Israel terhadap Palestin.

Ramai netizen menyuarakan kebimbangan dan kasihan apabila haiwan kesayangan itu menjadi mangsa kekejaman Israel dan terbaring mati di serata pelusuk di sekitar Gaza City yang menjadi medan peperangan sehingga hari ini."Seekor kucing ditembak peluru Israel semasa serbuan di kawasan Ya'bud di Tebing Barat," menurut kapsyen di gambar tersebut.

Iklan
Iklan

Insiden ini disahkan agensi berita Palestin, Quds News Network. Gambar menyayat hati itu mendapat ribuan komen dalam tempoh hanya beberapa jam dan mencetuskan kemarahan di seluruh platform media sosial.

"Kucing mempunyai hak untuk hidup bebas di Palestin." kata @Aljarmaqnetnews di X atau dahulu dikenali sebagai Twitter."Haiwan pun mereka bunuh juga," kata @mang.eja88 di Instagram."Kejam, mereka tidak berperikemanusiaan," kata abilicioussab said on Instagram.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, tentera Israel mempertingkatkan serangan di bandar-bandar sekitar Palestin di Tebing Barat. Amnesty International menyelar serbuan itu sebagai 'melanggar undang-undang antarbangsa' selain mengatakan Israel menunjukkan" tidak berperikemanusiaan antara sesama manusia'. - Agensi