Peningkatan peruntukan bantu KPT bangun bakat berkualiti

Iklan
Mohamed Khaled (lima dari kiri) menyerahkan surat tawaran manfaat biasiswa Sulung 2.0 kepada salah seorang penerima sempena Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Ekspokonvokesyen UMPSA 2023 di Kompleks Sukan UMPSA Gambang di sini pada Ahad.

KUANTAN - Peruntukan kepada Kementerian Pendidilan Tinggi yang dinaikkan kepada RM16.3 bilion pada Belanjawan 2024 dapat membantu kementerian itu membangunkan bakat terbaik untuk negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan yang besar itu juga dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan penyelidikan dan inovasi, perpindahan ilmu dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, melalui peruntukan itu, sektor pendidikan tinggi akan terus memainkan peranan dalam menjayakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan untuk rakyat serta negara.

"Universiti perlu bersedia untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan yang diumumkan kepada KPT melalui belanjawan tahun depan itu.

Iklan

"Peruntukan akan disalurkan berdasarkan permohonan jadi universiti diminta bersedia dari sekarang untuk tapisan dan melihat nilai impaknya supaya wang yang dibelanjakan bermanfaat dan berimpak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Hari Terbuka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Ekspokonvokesyen UMPSA 2023 di Kompleks Sukan UMPSA Gambang di sini pada Ahad.

Iklan

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin.

Sempena majlis itu, Mohamed Khaled turut menjayakan Forum Bicara Madani: Mahasiswa Tonggak Negara Madani.

Turut dilancarkan Program Keusahawanan MySiswa UMPSA, Penyerahan Surat Tawaran Penerima Manfaat Biasiswa Sulung 2.0 dan pelancaran Tabung Solidariti Palestin UMPSA.

Mohamed Khaled berkata, UMPSA sebagai sebuah universiti awam juga akan menerima manfaat melalui peruntukkan yang diumumkan itu khususnya peruntukan pembangunan meliputi projek sambungan dan baharu.

"UMPSA juga dapat memanfaatkan melalui peruntukan yang disediakan untuk universiti teknikal bagi pengantian dan menaiktaraf peralatan makmal dan sebagainya," katanya.

Sementara itu katanya, pelaksanaan had yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 mulai tahun hadapan salah satu inisiatif dan ihsan kerajaan kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KPT akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan dibuat Mahasiswa Progresif Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan universiti itu menaikan yuran perkhidmatan secara senyap tanpa sebarang notis dikeluarkan.