PRK Jepak: Calon GPS diumum Rabu ini - Abang Johari

Iklan
Abang Johari - Foto Bernama

BINTULU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Rabu ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa individu telah dikenal pasti sebagai calon kerusi berkenaan, namun gabungan itu akan memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada sebarang rekod jenayah dan rasuah.

Iklan
Iklan

"Beberapa senarai nama ini (calon) sedang disaring oleh polis (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita (GPS) perlu dapatkan calon yang baik dan bersih, itu prosedur biasa,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Bintulu di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding di kawasan itu.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Oktober.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. - Bernama

Iklan