ANKARA - Israel terus melancarkan serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Syria SANA pada Sabtu.
Menurut sumber tentera, lapangan terbang itu diserang pada pukul 11.35 malam waktu tempatan.
Iklan
Iklan
Serangan itu menyebabkan kerosakan dan lapangan terbang tidak dapat berfungsi.
Sumber tempatan memberitahu Anadolu bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo telah menjadi sasaran tiga serangan peluru berpandu.
Itu serangan kali kedua dalam tempoh 24 jam.
Pada Jumaat, Israel secara serentak menyasarkan lapangan terbang antarabangsa di Damsyik dan Aleppo, menyebabkan kedua-dua lapangan terbang berkenaan gagal beroperasi. - Bernama-Anadolu