TVET perkenal kursus baharu berkaitan, EV, tenaga suria

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) semasa sidang media selepas merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Tangga Batu di Paya Rumput pada Ahad. - Foto Bernama

MELAKA - Kerajaan akan memperkenal kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga suria di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion terutama di Melaka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selari dengan dasar kerajaan negeri Melaka yang kini memberi fokus kepada teknologi itu yang kini mendapat permintaan tinggi pelabur untuk tenaga boleh baharu.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, ia merupakan peluang terbaharu ditawarkan Melaka sesuai dengan permintaan guna tenaga sumber manusia bagi tenaga boleh baharu dan juga keperluan guna tenaga untuk pekerjaan berteknologi tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata, peruntukan RM6.8 bilion itu juga akan diguna untuk memperbesarkan institusi TVET di seluruh negara bagi menambah jumlah pelajar untuk mengikuti kursus-kursus baharu berkaitan tenaga boleh baharu itu.

Iklan

Malaysia kini mempunyai 1,334 institusi TVET di seluruh negara membabitkan 12 kementerian yang fokus memberi latihan kemahiran kepada rakyat. - Bernama