TEL AVIV - Diplomat Israel, Danny Ayalon semasa ditemu bual wartawan Al Jazeera mengeluarkan kenyataan angkuh dan sombong mengatakan rakyat Palestin di Genting Gaza boleh berpindah ke Gurun Sinai di Mesir.
Ayalon membuat kenyataan itu susulan arahan gila dikeluarkan Israel yang memberi tempoh 24 jam kepada penduduk meninggalkan Bandar Gaza dan berpindah ke bahagian selatan berhampiran Mesir.
Iklan
Iklan
Arahan itu dikeluarkan kononnya bagi memudahkan rejim Zionis melakukan operasi pembersihan ke atas kedudukan pejuang Hamas tanpa perlu membunuh nyawa orang awam.
"Terdapat ruang yang tidak berkesudahan untuk orang awam Gaza di Gurun Sinai dan mereka harus berpindah ke sana.
"Israel boleh membantu dengan mewujudkan koridor kemanusiaan untuk laluan selamat," katanya.
Arahan evakuasi rejim Zionis dianggap berpotensi mencetuskan peristiwa Nakba kedua, setanding dengan Nakba 1948 apabila militia dan tentera Zionis mengusir hampir sejuta rakyat Palestin sehingga menyaksikan kewujudan negara haram Israel.
Ketika ini terdapat sekitar 2.5 juta penduduk di Gaza yang berada di bawah kepungan Israel sejak 2007 dan dianggap sebagai penjara terbuka di dunia. - Agensi