Serangan Israel, warga Malaysia disaran tangguh perjalanan ke Lubnan

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri menyarankan warga Malaysia untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Lubnan memandangkan kawasan di selatan negara itu turut menjadi serangan rejim Zionis susulan konflik Palestin dan Israel.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, kerajaan turut mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut termasuk pasukan pengaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) iaitu MALBATT untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat di sana.

Iklan
Iklan

"Sebagai langkah awal, kerajaan memutuskan agar ahli keluarga kakitangan mereka untuk kembali ke tanah air sehingga keadaan membenarkan, ia langkah proaktif bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara,” katanya.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan seramai 300 rakyat mereka terbunuh dan 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza.

Iklan

Menurutnya, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut juga telah mengambil tindakan dengan menghantar pulang ahli keluarga mereka.

"Walaubagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa. Sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh menghubungi mereka di 961 (1)1970207, 961-71380063 atau emel ke mwbeirut@kln.gov.my,” ujarnya.

Iklan