BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terlepas meraih gelaran kedua musim ini apabila tumbang di pentas Terbuka Arctic 2023 di Vantaa, Finland sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Arena Energia itu, Wei Chong-Kai Wun terpaksa akur dengan kekalahan 18-21, 17-21 kepada pilihan keempat, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Iklan
Iklan
Sekalipun cuba memberikan tentangan sengit, namun ia belum cukup untuk memastikan mereka meraih kemenangan ke atas lawan dari Denmark itu yang menghuni ranking ketujuh dunia.
Ini adalah kekalahan pertama Wei Chong-Kai Wun kepada Astrup-Rasmussen selepas pertemuan sulung mereka pada Malaysia Masters Mei lalu memihak kepada gandingan negara.
Selaku juara, Astrup-Rasmussen membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (RM156,891) berserta pingat, manakala Wei Chong-Kai Wun meraih AS$15,960 (RM75,466) dan pingat.