Terima kasih Maryam, akan percepat atasi masalah tandas sekolah - PM

Iklan
Anwar berkongsi surat Maryam yang ditulis tangan dalam bahasa Inggeris di Facebooknya.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.

Menerusi catatan di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau menceritakan keadaan tandas di sekolahnya.

Iklan
Iklan

"Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan"Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" pada Jumaat berkata projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga.

Iklan

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Anwar berkata tidak boleh diterima akal bahawa selama ini anak-anak dibiarkan mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur. - Bernama

Iklan