20 maut treler rempuh bas di Guatemala

Iklan
Keadaan bas yang dilanggar dari belakang oleh sebuah treler dalam satu kemalangan ngeri di timur Guatemala awal pagi semalam. - Foto Agensi.

GUALAN - Sekurang-kurangnya 21 orang maut termasuk sembilan kanak-kanak dan 12 cedera dalam kejadian kemalangan di antara treler dan bas penumpang di timur Guatemala semalam.

Agensi bencana kebangsaan itu berkata, kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Gualan dekat dengan pantai Atlantik Guatemala awal pagi semalam apabila sebuah treler yang dipandu laju melanggar bahagian belakang bas penumpang.

Iklan
Iklan

Pegawai bomba sukarela memberitahu pemberita ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan dari daerah utara Peten menuju ke ibu negara sebelum tiba-tiba dilanggar dari belakang dan penumpang yang cedera telah dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut.

Laporan awal menunjukkan bahawa treler tersebut dipandu laju sebelum bertembung dengan bas di satu selekoh dan kedua-dua pemandu kenderaan telah ditahan untuk disoal siasat.

Iklan

Gambar-gambar di tempat kejadian menunjukkan trak itu terbalik di tepi selekoh lebuh raya dua lorong itu dengan kedudukan bas sedikit lebih jauh ke depan dan bahagian belakangnya remuk.

Sementara itu, Presiden Guatemala, Alejandro Giammattei menyatakan kesedihan kepada keluarga mangsa kematian dalam kemalangan ngeri itu menerusi ciapan di Twitternya. - AFP

Iklan