10 penuntut kursus tempur alami strok haba, seorang maut
Iklan
JOHOR BAHRU - Seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi, pada Jumaat dipercayai mengalami simptom strok haba.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Katanya, tiga daripada penuntut tersebut dilaporkan menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).
"Salah seorang penuntut yang menerima rawatan rapi di HSI telah meninggal dunia pada Sabtu.