KLANG - Dua lelaki warga tempatan ditemui lemas ketika menjala ikan di tasik Bandar Puteri, dekat sini pada malam Ahad. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang lemas itu dikenali sebagai Rajakumar, 29, dan Saravanan, 30.
Beliau berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian,sebaik sahaja panggilan kecemasan jam 9.07 malam. Menurutya, kumpulan penyelamat yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat melibatkan lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.