HULU LANGAT - Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) menjadi syarikat pertama di negeri Selangor mendapat inisiatif potongan cukai pendapatan melalui pelaksanaan program pendidikan anti rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor memaklumkan, PNSB melaksanakan program itu dengan kerjasama SPRM Selangor dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.
"Melalui program ini, PNSB layak menuntut potongan cukai mengikut Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967."SPRM menggalakkan syarikat korporat atau swasta menyahut inisiatif serupa bagi mendapatkan potongan cuka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Iklan
Jelasnya, program menerusi Perkhemahan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Negeri Selangor yang diadakan di Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat itu bertujuan menyampaikan mesej anti rasuah. Menurut kenyataan itu, program yang dirasmikan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 100 penduduk Pangsun dan 30 mahasiswa AMAR pelbagai intitusi pengajian tinggi.
"Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti gotong royong sekitar balai raya, masjid dan Sungai Pangsun dalam menghargai alam sekitar," jelas kenyataan itu. Tambah kenyataan itu, PNSB melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut menyumbangkan 40 bakul integriti iaitu bantuan makanan asas kepada penerima terpilih bagi meringankan beban komuniti kurang berkemampuan.
Artikel Berkaitan