'Dunia seolah-olah benarkan pembunuhan beramai-ramai' - PM

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dunia seolah-olah membenarkan pembunuhan beramai-ramai jika tidak berupaya menghentikan segera perang Palestin-Israel.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil untuk membela rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

"Apa yang berlaku di Gaza dalam beberapa hari ini kalau dunia tidak berupaya ialah dunia mengizinkan pembunuhan ramai-ramai ke atas rakyat Gaza dan Palestin," katanya ketika memberi penerangan mengenai perkembangan mutakhir perang Palestin-Israel di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Justeru, Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, sesuatu yang lebih segera perlu dilakukan kerana barat dan Eropah sebelum ini telah mengambil sikap kepura-puraan dan keras terhadap Rusia berhubung isu Ukraine dan mengizinkan kezaliman.

Iklan

"Setiap persoalan dalam pertemuan dan perbincangan, yang mereka ingin tahu daripada kita ialah tindakan Malaysia harus mengecam Hamas.

"Saya beritahu kita daripada segi dasar memang ada hubungan dengan Hamas, dari dulu dan diteruskan.

Iklan

"Oleh demikian, kita tidak bersetuju dengan sikap mereka untuk menekan kerana Hamas juga menang di Gaza melalui pilihan raya bebas dan rakyat Gaza memilih mereka untuk memimpin," ujarnya.

Anawar berkata, Malaysia berpendirian untuk bersama negara-negara jiran, Arab dan lain-lain termasuk China dan Rusia yang disifatkan sebagai lebih menunjukkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin susulan kekejaman rejim Zionis.