ISTANBUL - Amnesty International pada Ahad berkata, tiada kawasan di Semenanjung Gaza yang boleh menjamin keselamatan orang awam Palestin daripada serangan udara Israel.
Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, menyerang orang awam satu lagi gambaran bahawa penduduk di Gaza sudah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk dituju.
"Amnesty telah mengesahkan enam video serangan pada 13 Oktober 2023 yang mengakibatkan orang awam terkorban di sepanjang Salah-Al Deen Street, laluan yang telah ditetapkan oleh tentera Israel sebagai selamat untuk orang awam melarikan diri selepas 'perintah' Israel meminta mereka meninggalkan utara Gaza,” kata pertubuhan itu di X, lapor Agensi Anadolu.
Amnesty berkata, sekurang-kurangnya 70 maut dan konvoi yang meninggalkan utara Semenanjung Gaza ke selatan wilayah itu, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.