SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat jenis Beechcraft B 200T melaksanakan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, dekat sini pada jam lebih kurang jam 1 tengah hari.
Menurut kenyataan itu, pesawat No 16 Skuadron tersebut membawa empat anak kapal yang sedang melaksanakan latihan penerbangan. Kenyataan itu turut memaklumkan, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.