Kaukus Palestin Parlimen gesa negara terus laksana diplomasi agresif

Iklan
Syed Ibrahim (tengah) ketika sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menggesa negara terus melakukan dasar diplomasi agresif bagi menamatkan segera kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Ketua kaukus tersebut, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, negara juga perlu berterusan mengecam tindakan rejim Israel sebagai satu bentuk penyisihan atau ‘apartheid’.

Iklan
Iklan

"Yang terakhir segerakan bantuan kemanusiaan dan perlu pastikan supaya bantuan (lebih) RM100 juta yang mahu disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat Gaza dan tidak kepada pihak-pihak lain," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum itu, Sidang Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Malaysia akan menyalurkan dana lebih RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan disalurkan ke tabung kemanusiaan dan perubatan Palestin selewat-lewatnya minggu ini.

Anwar juga menegaskan Malaysia akan melakukan apa sahaja tindakan yang perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman Israel.

Iklan

Justeru, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang memberitahu, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi menyelesaikan kezaliman yang berlaku itu.

"Perdana Menteri dah jelaskan pendirian Malaysia, pertamanya apa yang berlaku di Palestin ialah 'politics of dispossession', iaitu menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin. Kita mahu hak dan tanah yang dirampas dikembalikan kepada rakyat Palestin.

"Disebutkan tindakan oleh kerajaan, antaranya Menteri Luar akan ke Jeddah untuk berbincang dengan rakan-rakan negara Arab mengenai sidang khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Perdana Menteri juga akan ke sana disebut pada hari Khamis untuk bertemu dengan Putera Mohammad Salman, juga dengan negara-negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir, Turkiye dan lain-lain," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkata, keganasan yang dilakukan Israel terhadap Gaza jelas bercanggah dengan Konvensyen Geneva ke-4.

"Rakyat Palestin dibom, dikepung, dihalau, nak jalan, nak keluar, nak lari pun kena bom. Apa yang sedang dilakukan pengganas Israel adalah satu yang melanggar undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang

"Israel sebagai sebuah negara adalah penjenayah perang," katanya.