SINGAPURA - Dua rakyat Malaysia ditahan kerana membawa masuk empat botol yang mengandungi cecair berwarna coklat dipercayai air ketum di pelabuhan Jurong pada 10 Disember lepas, menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).
Dalam laman Facebooknya hari ini, ICA berkata, para pegawainya menjumpai botol itu di dalam lori yang didaftarkan di Malaysia yang mengangkut rasuk besi.