Serangan Israel pembunuhan berskala besar

Iklan
Dr Muslim Imran

SHAH ALAM - Serangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin merupakan pembunuhan berskala besar yang tidak dapat dibayangkan.

Pengarah Pengasas Asia Middle East Center (AMEC) untuk Penyelidikan dan Dialog, Dr Muslim Imran berkata, salah satu daripada serangan yang dilakukan Israel terhadap Palestin adalah kemusnahan total, pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini saya pernah ke Gaza selepas berlakunya perang pada tahun 2012. Itu adalah perang yang dahsyat tetapi ia tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan keadaan kini,” katanya menerusi Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan pada Isnin.

Pada Ahad, media antarabangsa melaporkan pesawat perang Israel memperhebat serangan udara di utara Gaza dengan menyasarkan rumah dan kemudahan di kem pelarian Jabalia, serta kawasan perumahan Al-Mashrooh di Beit Lahia.

Iklan

Mengulas lanjut, Muslim berkata, rejim Zionis juga mengarahkan warga Palestin untuk mengosongkan tempat tinggal dan kemudian mengebom mereka sejurus meninggalkan kediaman.

"Bukan itu sahaja, mereka memotong bekalan elektrik, air, internet. Mereka juga menyekat bekalan bantuan perubatan Palestin.

Iklan

"Hospital di Palestin mempunyai kurang daripada 50 peratus bekalan keperluan perubatan mereka. Beberapa hospital mengumumkan akan menghentikan operasi kerana kekurangan bekalan perubatan,” ujarnya.

Jelas beliau, Israel menafikan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

"Malangnya ini yang berlaku dengan keterlibatan masyarakat antarabangsa bahkan semua orang,” katanya.