PN sokong inisiatif dalam Belanjawan 2024 demi masa depan rakyat

Iklan
Hamzah ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif baik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas demi masa depan rakyat dan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau juga menyarankan kepada kerajaan supaya sentiasa meningkatkan usaha dalam menstrukturkan semula ekonomi ke arah yang lebih progresif dengan penyertaan masyarakat secara menyeluruh di semua peringkat.

Iklan
Iklan

Kerajaan harus terus melaksanakan perancangan yang teliti dan penambahbaikan bagi memudahkan pelabur asing memperoleh akses kepada insentif dan kemudahan-kemudahan tertentu agar mereka dapat meningkatkan pelaburan mereka dari semasa ke semasa,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, Malaysia memerlukan enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu serta perubahan dalam kerangka dan hala tuju ekonomi untuk membolehkan potensi sebenar ekonomi dioptimumkan.

Iklan

"Adalah menjadi harapan PN untuk melihat ekonomi negara ini membangun sehingga diiktiraf sebagai paksi ekonomi dalam rantau ini sebelum tahun 2030.

Sehubungan itu, PN menyeru kerajaan memberikan perhatian khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang berpotensi dijadikan enjin baharu pertumbuhan negara. Ini termasuklah ekonomi masa hadapan, ekonomi digital, pendidikan, pelancongan, pertanian moden dan industri bernilai tinggi,” katanya. - Bernama

Iklan