Wartawan OKU pertama buat liputan konflik Hamas-Israel

Iklan
Momin Kireika. - Agensi

GAZA CITY - Ketika konflik Hamas-Israel masih berlangsung, seorang wartawan orang kurang upaya (OKU) masih gigih melaporkan berita kekejaman rejim Zionis membedil orang awam Palestin di Genting Gaza.

Momin Kireika yang berkerusi roda berkata, kecacatannya tidak menghalang keazamannya membuat liputan mengenai situasi di Gaza yang pada hari ini mendapat perhatian dunia.

Iklan
Iklan

Sehingga kini beliau dilihat masih gigih menyelusuri jalan-jalan di Gaza dipenuhi serpihan bangunan runtuh dibedil tentera Israel bila mana dentuman bom dan peluru, masih berlaku.

"Halangannya terlalu banyak, tetapi keazaman saya melaporkan kebenaran adalah kuat," katanya sambil menambah bahawa dia hilang seluruh anggota bawah badan semasa konflik Israel pada tahun 2008.

Iklan

Kisah Momin menggariskan peranan penting wartawan di zon konflik walaupun berdepan ancaman bahaya, mereka sanggup bergadai nyawa untuk membuat liputan dengan mendedahkan kebenaran.

Beliau juga percaya bahawa laporannya sebagai pemberi maklumat adalah tepat sejajar dengan tanggungjawab kepada mangsa yang terjejas akibat konflik itu.

Iklan

"Saya menyeru organisasi media dan kerajaan menyediakan sumber dan kemudahan yang diperlukan bagi memudahkan persekitaran lebih insklusif kepada wartawan," tambahnya.

Sejak konflik Hamas-Israel berlangsung pada Sabtu lalu, seramai lapan wartawan dilaporkan terkorban akibat dibedil atau dibom tentera Zionis. - Agensi