Karangkraf tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Iklan
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang akan berlangsung di Frankfurt, Jerman. - Foto AFP, gambar kecil: Firdaus

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang akan berlangsung di Frankfurt, Jerman. Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan tindakan pihak penganjur yang mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong Israel dan mencampurkan hal politik dengan pesta buku.

"Tindakan penganjur dan pendirian mereka yang menyokong Israel dalam konflik melanda Palestin sekarang tidak sepatutnya berlaku disebabkan banyak pihak penerbitan yang datang dari negara Islam."Pesta buku sepatutnya dijalankan secara aman, tanpa perlu risau keadaan sekeliling. Buku seharusnya mengajar orang ramai, cara nak pandai dan berkongsi ilmu,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pengarah Frankfurter Buchmesse, Juergen Boos menerusi Instagram rasminya sebelum ini menyatakan solidariti dengan Israel, selain menyifatkan serangan balas Hamas sebagai ‘melanggar hak asasi manusia’. Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai pesta buku tersebut yang sepatutnya berlangsung dari 18 sehingga 22 Oktober.

Tambah Firdaus, Karangkraf juga mementingkan faktor keselamatan jika keputusan menarik diri tidak dilakukan dengan segera. Ujar beliau, walaupun pihaknya mengalami kerugian yang besar, namun nyawa dan keselamatan diri lebih diutamakan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:DBP tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

ARTIKEL BERKAITAN:KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Malaysia perlu boikot Pesta Buku Frankfurt

ARTIKEL BERKAITAN:Malaysia perlu tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

"Hotel yang kami akan duduk di sana (Frankfurter) betul-betul berdekatan dengan Main Central Station atau di pusat bandar. Jadi jika berlakunya demonstrasi walaupun dijalankan secara aman, ia tetap akan memudaratkan keselamatan kami.

"Soal keselamatan ini, kadang-kadang kita fikir duit boleh cari tapi nyawa hanya ada satu,” ujarnya.