Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Harga emas fizikal berada pada AS,909.20 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 13 Oktober. -Foto 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring momentum positif di niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) semasa sesi dagangan minggu lepas.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2023 naik kepada AS$1,918.40 setiap auns troy daripada AS$1,891.10 setiap auns troy pada Jumaat lepas, November 2023 meningkat kepada AS$1,926.50 setiap auns troy daripada US$1,899.20 setiap auns troy dan Disember 2023 menokok kepada AS$1,937.0 setiap auns troy daripada AS$1,909.70 setiap auns troy.

Iklan
Iklan

Kontrak Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada AS$1,945.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada 60 lot daripada 109 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 186 kontrak daripada 230 kontrak sebelumnya.

Iklan

Harga emas fizikal berada pada AS$1,909.20 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 13 Oktober. - Bernama

Iklan