IPOH - Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala ditangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mayat mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh orang awam yang memancing di tepi sungai berkenaan sekitar jam 4.31 petang.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Conolly berhampiran.
"Turut ditemukan sebuah basikal dipercayai milik mangsa di tebing sungai tersebut," katanya di sini.
Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan ditemukan pada badan mangsa.
"Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
"Kes setakat ini diklasifikan sebagai mati mengejut," katanya.