Takkan nak tunggu menteri turun baru nak buat kerja

Iklan
Kor Ming menunjukkan muka depan Sinar Harian ketika mengulas isu bilik ‘sangkar burung’ di Lembah Klang yang sempit.

SUDAH seminggu pendedahan Sinar Harian mengenai laporan eksklusif ‘Bilik Sewa Sangkar Burung’ disiarkan, namun sehingga semalam belum ada tanda-tanda penguatkuasaan dikenakan terhadap premis berkenaan.

Tingkat atas sebuah rumah kedai berkeluasan 21 meter x 6 meter yang diubah suai untuk menempatkan 38 bilik bertingkat seperti kapsul itu terus beroperasi seperti biasa.

Iklan
Iklan

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengakui tindakan pemilik sewaan ini sebagai amat serius kerana ia boleh mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran.

Beliau turut memberi amaran kepada semua pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan) untuk mengubah semula premis mereka kepada bentuk asal atau tindakan tegas akan diambil.

Iklan

Pengubahsuaian itu jelas sekali melanggar Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan PBT diberi kuasa untuk meruntuhkan binaan tersebut dan segala kos ditanggung pemilik premis.Begitupun, amaran Kor Ming ini akan menjadi sekadar kenyataan akhbar sekiranya tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa untuk menangani masalah berkenaan.

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dan lebih membuka mata apabila melihat situasi yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan pentadbiran mereka.

Iklan

Penguatkuasaan juga bukan hanya disasarkan kepada premis itu, sebaliknya tindakan secara menyeluruh perlu dilakukan.

Sekiranya membiarkan perkara ini berlaku, selain membahayakan penyewa, kita seolah-olah membiarkan yang kaya terus mengaut keuntungan daripada yang susah tanpa rasa bersalah dan hilang pertimbangan kemanusiaan.

Ini baru satu kes, di tempat lain kita belum tahu. Buat masyarakat, jika ada maklumat lapor kepada pihak berkuasa segera dan bersama kita selamatkan generasi akan datang.

Pihak berkuasa, segeralah tangani masalah sini, sekarang zaman Malaysia Madani, takkan nak tunggu menteri bagi arahan baru nak bergerak!