'Berat tuduhan itu...' - Sabri Yunus ulas isu pernikahan tidak sah

Iklan
Sabri dan Angeline selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis di Perlis pada Sabtu lepas.

PENGARAH dan pelakon terkenal, Sabri Yunus menyifatkan tuduhan seorang pendakwah yang mendakwa pernikahannya dengan Angeline Tan tidak sah adalah satu tuduhan berat.

Ujar pengarah yang cukup terkenal menerusi karya Pok Ya Cong Codei itu, individu tersebut turut membuat kesimpulan bahawa disebabkan perkahwinan itu tidak sah, maka dia dan Angeline boleh dikategorikan berzina. Walhal pernikahannya disempurnakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan dihadiri oleh hampir 25 saksi.

Iklan
Iklan

"Berat tuduhan itu...juga dalam video yang sama dikatanya kabul yang mengelirukan...siapa yang keliru? Dalam majlis itu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru,” jelasnya.

Sabri dan Angeline dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tambah Sabri, 62, beliau mempunyai sebab tersendiri membuat keputusan bernikah di Perlis, tetapi tidak menyangka isu yang tidak terbayang di fikirannya akan timbul kemudian hari.

Iklan

"Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya. Saya tidak fikir ada orang tidak faham bila kabul jawab saya setuju, tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah seperti setuju fasal kereta, rumah.

"Jelas wali sebut, aku nikah...bila kabul sebut setuju...tentu saja menyambut pada kata nikah itu. Kalau kata dia keliru itu adalah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya," ulas Sabri.

Iklan

Tanpa berselindung, pelakon yang mula hits menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu turut mengulas mengenai perseteruan antara pendakwah terbabit dengan Mohd Asri atau lebih dikenali Dr MAZA dan meminta mereka tidak diheret dalam permusuhan itu.

"Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” jelasnya yang turut membaca pandangan beberapa ulama lain berkaitan isu pernikahannya.

Terdahulu, seorang pendakwah mendakwa pernikahan antara Sabri dan Angeline tidak sah kerana tidak memenuhi ucapan ijab dan kabul yang sepatutnya. Ketika akad nikah berlangsung, Sabri mengucapkan dengan ringkas dengan menyebut"saya terima dengan seperti yang disebutkan”.