KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Tesla yang diparkir di tepi jalan, secara tiba-tiba mengalami kebakaran di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.
"Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.
"Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut. - Awani