Malaysia hulur bantuan kemanusiaan ke Palestin

Iklan
Anwar ketika menerima kunjungan daripada Ismail Haniyeh dan delegasi pada Januari 2020 yang lalu. - Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Malaysia menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, khususnya makanan dan ubat-ubatan ke Palestin.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menerusi panggilan telefon pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Memandangkan keadaan yang teruk di Gaza, saya sangat menyokong agar serangan dihentikan dan koridor kemanusiaan di Rafah diwujudkan," tegas Anwar di hantaran laman sosialnya pada Selasa.

Beliau juga menekankan Israel digesa untuk segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan mencari jalan penyelesaian damai bagi menoktahkan konflik yang sedang berlaku.

Iklan

"Paling penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis ini," katanya.

Perang Israel-Palestin yang memasuki hari ke-11 merekodkan 2,750 korban di Gaza dan 58 terbunuh di Tebing Barat manakala ribuan cedera serta hilang tempat tinggal.

Iklan

Pada 7 Oktober lalu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel, termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.