Portugal teruskan rentak kemenangan

Iklan
Ronaldo meledak dua gol dalam kemenangan ke atas Bosnia pada Selasa. - Foto EPA

CRISTIANO Ronaldo meledak dua gol ketika Portugal membelasah Bosnia dan Herzegovina 5-0 pada Selasa dalam kelayakan Euro 2024.

Portugal yang sah menempah tempat ke kejohanan di Jerman musim panas depan dengan kemenangan ke atas Slovakia pada Jumaat lalu, meneruskan prestasi cemerlang dengan kemenangan kelapan berturut-turut.

Iklan
Iklan

Ronaldo menjaringkan gol ke-126 dan ke-127 Portugal, melebarkan lagi rekodnya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.

Pemain Manchester United, Bruno Fernandes menambah gol ketiga sebelum gandingan pemain Barcelona Joao Cancelo dan Joao Felix turut mencipta nama selaku penjaring.

Iklan

Bosnia diketuai Edin Dzeko berada di kedudukan kelima peringkat kumpulan dan tidak berpeluang ke peringkat akhir Euro selepas Slovakia menewaskan Luxembourg 1-0.

Bosnia berbaki dua perlawanan dan ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan tangga kedua Slovakia dalam Kumpulan J.

Iklan

Portugal yang dikendalikan Roberto Martinez telah menjaringkan 32 gol dan hanya bolos dua kali, mengumpul 24 mata maksimum setakat ini.